Thursday 8 March 2018

Keningau Tuan Rumah Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan 2018

KOTA KINABALU: Hari ini (8 Mac 2018) Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri telah diadakan di Bilik Kinabalu, Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) Sabah yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan selaku Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Presiden Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA). Antara agenda yang dibincangkan ialah berkenaan perlantikan  Ahli Jawatankuasa Induk Negeri dan memaklumkan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 14 Febuari 2018 telah bersetuju bahawa YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan adalah dikekalkan sebagai Pengerusi Penganjur Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2018. Selain daripada itu, ahli mesyuarat turut membincangkan tarikh-tarikh perlaksanaan perayaan di peringkat daerah seluruh negeri Sabah dan Daerah Keningau dipilih sebagai Tuan Rumah Majlis Pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 1 Mei 2018 yang akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj.Juhar Bin Haji Mahiruddin. Ahli mesyuarat juga telah memutuskan tema pada tahun ini ialah “Kebudayaan Asas Perpaduan dan Persaudaraan”. 



No comments:

Post a Comment

15,000 hadir Program Yayasan Sabah Bersama Rakayat di Keningau

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 22-24 Mac 2018 bertempat di Kompleks Sukan Keningau telah dibanjiri lebih 15,000 orang darip...