Wednesday 21 February 2018

GUA BATU SALAG


(Pintu Utama Gua Batu Salag)

Gua Batu Salag salah satu produk pelancongan di Keningau yang mempunyai tarikannya tersendiri. Gua Batu Salag ini terletak di Kg.Lipasu Ulu, Keningau. Perjalanan hanya mengambil masa 45 Minit daripada Pusat Bandar Keningau dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hanya mengambil masa 5 Minit berjalan kaki daripada laluan utama untuk tiba di Pintu Utama Gua Batu Salag. Kawasan Gua Batu Salag masih terpelihara dengan alam semula jadi. Walaubagaimanapun, kawasan ini masih belum mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti Pondok Rehat, Tandas Awam dan Papan Tanda.  Saya mengharapkan agar ada pihak Kerajaan atau Swasta yang tampil untuk memberi bantuan untuk memajukan kawasan ini sebagai destinasi pelancong yang menarik. 



 

(Bahagian Dalam Gua Batu Salag)


(Puncak Gua Batu Salag)

Pesta Kayu Manis & Pesta Keladi Bakal Memeriahkan Tahun Melawat Keningau 2018

KENINGAU: Sempena Program Tahun Melawat 2018, pihak penganjur telah membuat perancangan bagi menganjurkan Pesta Kayu Manis dan Pesta Keladi bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Keningau 2018. 2 Buah program ini menjuruskan kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan hasil produk mereka yang berasaskan kayu manis ataupun keladi. Selain daripada itu, pelbagai acara menarik turut diadakan bagi memeriahkan lagi festival tersebut. Dijangka lebih 3,000 Orang akan hadir untuk berkunjung ke festival tersebut. Tempahan booth kini dibuka, sila hubungi En.Wildan Issac di talian ‭‭011 2529 2720

FB Link (Cinnamon Fest)

FB Link (Yam Fest)

FB Link (Visit Keningau 2018)












Wednesday 7 February 2018

Karnival Jualan Sentuhan Rakyat 1Malaysia



KENINGAU: Karnival Jualan Sentuhan Rakyat 1Malaysia Peringkat Daerah Keningau akan diadakan pada 10 Febuari 2018 bertempat di Tamu Ground Keningau bermula jam 9.00 pagi. Pelbagai barangan dijual dibawah harga pasaran dan ianya lebih murah berbanding harga biasa. Program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Keningau dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Sairin Bin Hj. Karno selaku Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan N34 Liawan dan Ketua Bahagian UMNO P180 Keningau. Pelbagai acara menarik turut diadakan sempena program tersebut antaranya persembahan kebudayaan, cabutan tiket bertuah dan sesi karaoke. Bah Jom... bukan selalu dapat barang murah...

Tuesday 6 February 2018

North Borneo Youth Camp - NBYC 5 2018



NBYC Kini Kembali dengan edisi istimewa sempena Tahun Melawat Keningau 2018. NBYC di Musim Ke-5 menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bakal menghimpun belia-belia daripada seluruh Negeri Sabah. Program yang dianjurkan oleh Kelab Belia Keningau mendapat sokongan Pejabat Daerah Keningau, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dan Kementerian Belia Dan Sukan. Program perkhemahan ini dianjurkan sempena cuti persekolahan penggal pertama pada setiap tahun agar para belia mempunyai aktiviti semasa cuti sekolah berlangsung dan seterusnya dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah. 

15,000 hadir Program Yayasan Sabah Bersama Rakayat di Keningau

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 22-24 Mac 2018 bertempat di Kompleks Sukan Keningau telah dibanjiri lebih 15,000 orang darip...