Saturday 23 July 2016

Karnival Gegar Keningau

KENINGAU: Buat julung kalinya Karnival Gegar Keningau akan diadakan pada 16-18 September 2016 bertemlat di Padang Bandaran Keningau. Program ini dianjurkan oleh North Borneo Empire Events Management dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau, PDRM, Jabatan Penerangan Keningau, KPDNKK Cawangan Keningau, Kelab Belia Keningau dan KDCA Youth Council Keningau. Antara pengisian karnival tersebut ialah Battle of the band, Konsert, Gegar 10K Run, Modern Dance, Beat Box Challenge, Pameran Agensi Kerajaan, Orang Kuat Sabah, Tug Of War dan banyak lagi. Karnival yang berlangsung selama 3 hari itu akan memberi peluang kepada usahawan tempatan dan seterusnya merangsang ekonomi penduduk daerah Keningau. Dalam masa yang sama, Jabatan Penerangan Keningau turut mengadakan Konsert Semarak Rakyat sempena Sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada 16 September 2016 dan akan menonolkan artis-artis tempatan sabah khususnya daripada daerah Keningau. Kehadiran orang ramai ke karnival ini amat lah di alu-alukan dan menjanjikan pelbagai acara menarik yang harus disertainya.

15,000 hadir Program Yayasan Sabah Bersama Rakayat di Keningau

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 22-24 Mac 2018 bertempat di Kompleks Sukan Keningau telah dibanjiri lebih 15,000 orang darip...