Wednesday 7 February 2018

Karnival Jualan Sentuhan Rakyat 1Malaysia



KENINGAU: Karnival Jualan Sentuhan Rakyat 1Malaysia Peringkat Daerah Keningau akan diadakan pada 10 Febuari 2018 bertempat di Tamu Ground Keningau bermula jam 9.00 pagi. Pelbagai barangan dijual dibawah harga pasaran dan ianya lebih murah berbanding harga biasa. Program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Keningau dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Sairin Bin Hj. Karno selaku Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan N34 Liawan dan Ketua Bahagian UMNO P180 Keningau. Pelbagai acara menarik turut diadakan sempena program tersebut antaranya persembahan kebudayaan, cabutan tiket bertuah dan sesi karaoke. Bah Jom... bukan selalu dapat barang murah...

No comments:

Post a Comment

15,000 hadir Program Yayasan Sabah Bersama Rakayat di Keningau

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 22-24 Mac 2018 bertempat di Kompleks Sukan Keningau telah dibanjiri lebih 15,000 orang darip...